Tuesday, December 24, 2013

Blueberry cheese tart

Assalamualaikum,

Alhamdulillah atas rezeki yang dicurahkan oleh Yang Maha Esa.
Mendapat tempahan blueberry cheese tart pada 23 dan 24 Disember 2013.
Terima kasih kawan-kawan yang sudi order.


Friday, November 8, 2013

Choc cheese layer cake

Kek ni dah lama buat, bulan oktober aritu lagi, tp baru harini sempat upload pic.
Mula-mula niat beli cheese adalah untuk membuat blueberry cheese tart, tp niat tekah berubah selepas dapat resepi kek ini. Alhamdulillah sedap




Si baldu merah

Tanggal 8 November 2013, alhamdulillah mendapat tempahan red velvet cupcake dan kek marble pelangi.
Alhamdullillah, rezeki anak-anak.

Inilah gambar kek tersebut ....


Bangun je dari tido, si Aisyah Humaira terus minta nk makan kek. Siap buat thumbs up, cakap kek ummi sedap. Alhamdulillah.

Adam Harith yang beriya nak bawa bekal kek ke sekolah...suka sangat bergambar sekarang ni anak ummi sorang ni

Terima kasih kawan-kawan, sudi tempah. Terima kasih daun keladi....

Wednesday, October 2, 2013

Tempahan Sept 2013

Alhamdulillah, rezeki anak-anak.
Walaupun saya agak sibuk sejak mula menyambung pengajian sejak Sept 2013 ini, namum alhamdulillah masih sempat menyiapkan tempahan daripada rakan-rakan.

Dua tempahan diterima:
1. Tempahan kek marble pelangi daripada Ina untuk majlis perkahwinan adiknya


2. Tempahan choc oreo daripada Adah untuk sambutan hari lahir anaknya, Syafiq.


Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menempah. Harap semua berpuas hati.

Wednesday, August 14, 2013

Tempahan cokelat untuk hantaran perkahwinan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, mendapat tempahan cokelat sebagai hantaran perkahwinan dan juga hadiah kepada tetamu. Cokelat berjaya disiapkan dan dihantar kepada pelanggan sehari sebelum hari raya. Harap ianya menepati citarasa pelanggan yang membuat tempahan.








Thursday, August 1, 2013

Koleksi biskut raya

Salam Ramadhan untuk semua.
Alhamdulillah, hari ini hari ke-23 kita berpuasa. Seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sempena hari raya nanti, saya sempat membuat beberapa jenis biskut/kueh raya sebagai juadah untuk tetamu di pagi Aidilfitri nanti.



Gambar-gambar lain akan menyusul kemudian...tungguuuuu

Tuesday, July 9, 2013

Tempahan kek, Julai 2013

Lama benar tidak mencatat sesuatu di dalam blog ini. Mungkin kerana kesibukan tugas, dan mungkin juga kerana tidak mempunyai handphone canggih, bleh amik pic dan terus upload masuk blog.
Biasanya, aku akan gunakan kaedah lama iaitu, amik pic guna digital camera, pastu kena copy masuk pc, then baru boleh upload masuk dalam blog. Fuhh, banyak betul step nye....nk kena cepat2 g beli hp canggih ni heheh

Anyway, ini adalah beberapa pic kek yang telah aku hasilkan. Alhamdulillah, masih ada rakan yang sudi membuat tempahan...syukur Alhamdulillah


 

Kek cokelat bersama choc ganace dan hiasan bunga ros 

Siap sedia untuk dihantar kepada pelanggan
          Kek cokelat sebelum ditambah hiasan         

Kek karamel untuk majlis sambutan Ramadhan penduduk Jalan Kemps 6, Proton City

Kek karamel untuk majlis sambutan Ramadhan bersama rakan-rakan di FSKIK

Tuesday, June 4, 2013

Kek harijadi Adam Harith ke-5

Alhamdulillah, 3 Jun 2013, genaplah 5 tahun usia anak sulung saya. Seperti yang saya janjikan, sambutan hari lahir dibuat di tadika bersama rakan-rakan sekelas. Saya membuat sebiji kek cokelat untuk dia. Alhamdulillah, rakan-rakan sekelas Adam sangat menyukainya.
Semoga Adam Harith membesar sebagai anak yang soleh, cemerlang di dunia dan akhirat. Aminnn






Tart telur

Biasanya saya hanya membuat blueberry cheese tart. Tiba-tiba, terasa nak makan tart telur pula. Jadi, saya mula surf internet dan cari resepi. Balik je rumah, terus cuba. Alhamdulillah, cubaan pertama menjadi dan inilah hasilnya ...

Thursday, May 16, 2013

Pelbagai Kek

Assalamualaikum,
Lama saya tidak membuat catatan di blog ini. Ini kerana tugas seharian yang semakin banyak sehingga tiada masa untuk mengemaskini blog.

Saya berjaya mencuba 2 resepi baru iaitu kek cokelat lapis cheese dan light cheese cake. Serta membuat satu kek kegemaran iaitu kek karamel.

Inilah hasilnya....
 
Kek cokelat lapis cheese yang sangat yummy


 
Light cheese cake yang sangat gebu dan ringan


Memamg terasa cheese apabila dimakan dan gebu sangat keknya


Kek karamel untuk pelajar cemerlang dalam kuiz


Wednesday, March 13, 2013

Blueberry cheese tart

Lama tidak mencatat apa-apa di blog ini, kerana kesibukan tugas dan rutin harian.

Catatan hari ini adalah berkenaan tart. Alhamdulillah, cubaan membuat tart berjaya. Rasanya yang sedap, memang tak puas makan.




Thursday, February 14, 2013

Tempahan kek karamel 14 Feb 2013

Alhamdulillah.
Rezeki anak-anak. Hari ini mendapat tempahan 2 biji kek karamel (saiz kecil) oleh jiran depan rumah.
Tiada pula gambar untuk dipaparkan heheh.
Anyway, terima kasih kak norzu, sudi ulang tempahan.

Wednesday, February 6, 2013

Tempahan cokelat Oreo 6 Feb 2013

Alhamdulillah, rezeki anak-anak.
Hari ini mendapat tempahan 30 biji cokelat Oreo daripada bekas guru Adam di Taska Permata, UPSI.
Terima kasih cikgu Zura, sudi tempah.



Thursday, January 31, 2013

Red Velvet Cake

Tanggal 30 Januari 2013, telah menambah satu lagi resepi kek dalam senarai iaitu Kek Red Velvet.
Kek ini dibuat khas untuk sambutan hari lahirku. Alhamdulillah, kek menjadi walaupun ini adalah cubaan pertama.

                         

Tempahan Kek Karamel 23 Januari 2013 dan 31 Januari 2013

Alhamdulillah. Tanggal 23 Januari 2013, mendapat tempahan 2 biji kek karamel (saiz besar dan saiz kecil) daripada rakan setugas. Terima kasih Nadia, sudi tempah kek. Rasanya ini dah kai ke-3 Nadia membuat tempahan kek karamel.



Tanggal 31 Januari 2013, juga mendapat tempahan sebiji kek karamel. Gambar tidak sempat diambil kerana kekalutan di awal pagi. Terima kasih Kak Norzu, sudi tempah kek karamel buat kali ke-3 atau ke-4 (lupa daa). Lain kali tempah lagi ye.

Friday, January 18, 2013

Durian crepe

Assalamualaikum,

Cubaan pertama membuat durian crepe. Alhamdulillah menjadi dan sedap.
Walaupun dah agak terlewat, maklum la semua orang dah lama bercakap tentang durian crepe ini, namum aku baru mencubanya. Kerana kesuntukan masa dan sibuk dengan tugas-tugasn seharian, maka tanggal 16 Jan 2013, barulah sempat untuk cuba membuatnya.
Memang puas hati.


Pavlova oh pavlova

Assalamualaikum,

Pada 14 Jan 2013, alhaduluillah telah mendapat tempahan 2 biji pavlova saiz sederhana daripada salah seorang pelajar kesayangankun.
Semoga Eyra dan famili menyukai pavlova ini.