Wednesday, November 19, 2014

Adam Harith - now turn 6 years old

3 Jun 2008 - 3 Jun 2014, genap 6 tahun ummi melahirkan Adam. Terasa baru semalam Adam dilahirkan...betapa cepatnya masa berlalu. Sekarang Adam dah 6 tahun...tahun depan dah masuk darjah 1....owhhh sangat singat masa berlalu.

Alhamdulillah, jamuan hari lahir Adam disambut sederhana tetapi meriah bersama guru dan rakan-rakan di tadika.

Hanya kek simple yang mampu ummi buat, kerana kesihatan yang agak tidak mengizinkan semasa itu. Namun, ummi harap Adam tetap bersyukur dan gembira.









Aisyah Humaira 4th birthday

16 Jun 2014, genap umur Aisyah 4 tahun.
Sambutan hari lahir dibuat di sekolah bersama kawan-kawan.
Aisyah request ummi buatkan kek frozen, tetapi kerana kehabisan edible image froze, jadi ummi amik je apa yang ada.
Maka, hasilnya ialah kek princess....at least, ada kek untuk dikongsi dengan kawan-kawan.

Semoga Aisyah sentiasa happy, dan membesar sebagai seorang muslimah solehah.







Crispy choc yang sangat crispy dan yummy

Assalamualaikum,

Lama benar blog ini terbiar....maklumla agak sibuk dengan tugasan harian.
Hari ni baru berkesempatan mencatat sesuatu di sini.

Alhamdulillah, hari ni mencuba satu resepi yang dah lama jadi viral, tetapi baru berkesempatan untuk mencubanya. Dan hasilnya, sedap dan tidak mengecewakan.