Thursday, January 31, 2013

Red Velvet Cake

Tanggal 30 Januari 2013, telah menambah satu lagi resepi kek dalam senarai iaitu Kek Red Velvet.
Kek ini dibuat khas untuk sambutan hari lahirku. Alhamdulillah, kek menjadi walaupun ini adalah cubaan pertama.

                         

Tempahan Kek Karamel 23 Januari 2013 dan 31 Januari 2013

Alhamdulillah. Tanggal 23 Januari 2013, mendapat tempahan 2 biji kek karamel (saiz besar dan saiz kecil) daripada rakan setugas. Terima kasih Nadia, sudi tempah kek. Rasanya ini dah kai ke-3 Nadia membuat tempahan kek karamel.



Tanggal 31 Januari 2013, juga mendapat tempahan sebiji kek karamel. Gambar tidak sempat diambil kerana kekalutan di awal pagi. Terima kasih Kak Norzu, sudi tempah kek karamel buat kali ke-3 atau ke-4 (lupa daa). Lain kali tempah lagi ye.

Friday, January 18, 2013

Durian crepe

Assalamualaikum,

Cubaan pertama membuat durian crepe. Alhamdulillah menjadi dan sedap.
Walaupun dah agak terlewat, maklum la semua orang dah lama bercakap tentang durian crepe ini, namum aku baru mencubanya. Kerana kesuntukan masa dan sibuk dengan tugas-tugasn seharian, maka tanggal 16 Jan 2013, barulah sempat untuk cuba membuatnya.
Memang puas hati.


Pavlova oh pavlova

Assalamualaikum,

Pada 14 Jan 2013, alhaduluillah telah mendapat tempahan 2 biji pavlova saiz sederhana daripada salah seorang pelajar kesayangankun.
Semoga Eyra dan famili menyukai pavlova ini.