Wednesday, November 19, 2014

Adam Harith - now turn 6 years old

3 Jun 2008 - 3 Jun 2014, genap 6 tahun ummi melahirkan Adam. Terasa baru semalam Adam dilahirkan...betapa cepatnya masa berlalu. Sekarang Adam dah 6 tahun...tahun depan dah masuk darjah 1....owhhh sangat singat masa berlalu.

Alhamdulillah, jamuan hari lahir Adam disambut sederhana tetapi meriah bersama guru dan rakan-rakan di tadika.

Hanya kek simple yang mampu ummi buat, kerana kesihatan yang agak tidak mengizinkan semasa itu. Namun, ummi harap Adam tetap bersyukur dan gembira.









Aisyah Humaira 4th birthday

16 Jun 2014, genap umur Aisyah 4 tahun.
Sambutan hari lahir dibuat di sekolah bersama kawan-kawan.
Aisyah request ummi buatkan kek frozen, tetapi kerana kehabisan edible image froze, jadi ummi amik je apa yang ada.
Maka, hasilnya ialah kek princess....at least, ada kek untuk dikongsi dengan kawan-kawan.

Semoga Aisyah sentiasa happy, dan membesar sebagai seorang muslimah solehah.







Crispy choc yang sangat crispy dan yummy

Assalamualaikum,

Lama benar blog ini terbiar....maklumla agak sibuk dengan tugasan harian.
Hari ni baru berkesempatan mencatat sesuatu di sini.

Alhamdulillah, hari ni mencuba satu resepi yang dah lama jadi viral, tetapi baru berkesempatan untuk mencubanya. Dan hasilnya, sedap dan tidak mengecewakan.


Friday, March 21, 2014

Tempahan 21 March 2014

Assalamalaikum,

Alhamdulillah rezeki hari Jumaat, sayyidul ayyam.
Ada junior kat UPM order 50 biji tart blueberry. Alhamdulillah



Monday, March 17, 2014

Butter cookies

Alhamdulillah...hujung minggu amat bermakna dihabiskan bersama anak-anak.
Bosan duk rumah petang2, berjaya juga mencuba satu resepi baru, iaitu butter cookies.
Alhamdulillah, sangat disukai oleh anak2. Lepas masak je, terus makan, tak sempat tunggu sejuk pun.
Inilah hasilnya....



Menunggu untuk dibakar...abaikan saiz yang tidak sekata, kerana buat guna piping bag sahaja...nozel tak ada hihi

Inilah hasil selepas dibakar...makan panas2, memang sgt sedap...yummmyyy

Sempat juga diletakkan dalam pinggan utk tujuan penggambaran hihih


Friday, February 28, 2014

Tempahan cheesekut ~ 28 Feb 2014 ~

Alhamdulillah...

Tanpa diduga, produk baru iaitu cheesekut mendapat sambutan yang hangat dan menggalakkan.
Hari ini, menerima tempahan 12 bekas cheesekut (2 saiz besar + 10 saiz kecil).

Alhadulillah, rezeki anak-anak.
Semoga rezeki ini akan terus melimpah-ruah


Monday, February 24, 2014

Produk terbaru ~cheesekut~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bertambah satu lagi produk kekdancokelat, yang diberi nama cheesekut. Macam pelik je namanya kan...hihi...sebenarnya ini adalah gabungan nama cheese + biskut.
Walaupun nama macam pelik, tapi cheesekut ini tak pelik rasanya. Malah, sangat-sangat sedap.
Saya, anak2 dan suami, boleh habiskan satu bekas cheesekut dalam sekelip mata je. Sangat-sangat sedap.
Inilah dia cheesekut...




Jadi, jika ada yang ingin merasa kesedapan cheesekut ini, jangan segan-silu, hubungi je saya ye.
Ada dua saiz, iaitu besar dan kecil (seperti di dalam gambar di bawah).



Wednesday, February 12, 2014

Chocolate tart

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selepas beberapa hari berpenat-lelah, maka akhirnya dapat juga disiapkan tempahan terbaru ini. Hasil kerjasama bersama Nurulhudha, kami berjaya menyiapkan 1000pcs cocholate tart untuk hadiah perkahwinan.


Terima kasih banyak2 diucapkan kepada yang sudi menempah.


Tuesday, February 4, 2014

Tahun baru, di tempat baru

Assalamualaikum,

Lama sungguh tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini.
Terlalu banyak tugas-tugas seharian sehingga tiada masa untuk mencatatkan sesuatu di sini.

Alhamdulillah, tahun 2014 sudah sebulan berlalu. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya.
Semoga lebih banyak kejayaan akan dikecapi pada tahun ini.

Syukur juga kerana bulan Jan 2014, membuka tirai dengan rezeki yang baru di tempat baru.
Alhamdulillah, masih mendapat tempahan tart dan kek daripada kawan-kawan. Rezeki kami di tempat baru.
Semoga rezeki ini akan terus melimpah-ruah untuk hari-hari yang mendatang.