Friday, February 28, 2014

Tempahan cheesekut ~ 28 Feb 2014 ~

Alhamdulillah...

Tanpa diduga, produk baru iaitu cheesekut mendapat sambutan yang hangat dan menggalakkan.
Hari ini, menerima tempahan 12 bekas cheesekut (2 saiz besar + 10 saiz kecil).

Alhadulillah, rezeki anak-anak.
Semoga rezeki ini akan terus melimpah-ruah


Monday, February 24, 2014

Produk terbaru ~cheesekut~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bertambah satu lagi produk kekdancokelat, yang diberi nama cheesekut. Macam pelik je namanya kan...hihi...sebenarnya ini adalah gabungan nama cheese + biskut.
Walaupun nama macam pelik, tapi cheesekut ini tak pelik rasanya. Malah, sangat-sangat sedap.
Saya, anak2 dan suami, boleh habiskan satu bekas cheesekut dalam sekelip mata je. Sangat-sangat sedap.
Inilah dia cheesekut...




Jadi, jika ada yang ingin merasa kesedapan cheesekut ini, jangan segan-silu, hubungi je saya ye.
Ada dua saiz, iaitu besar dan kecil (seperti di dalam gambar di bawah).



Wednesday, February 12, 2014

Chocolate tart

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selepas beberapa hari berpenat-lelah, maka akhirnya dapat juga disiapkan tempahan terbaru ini. Hasil kerjasama bersama Nurulhudha, kami berjaya menyiapkan 1000pcs cocholate tart untuk hadiah perkahwinan.


Terima kasih banyak2 diucapkan kepada yang sudi menempah.


Tuesday, February 4, 2014

Tahun baru, di tempat baru

Assalamualaikum,

Lama sungguh tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini.
Terlalu banyak tugas-tugas seharian sehingga tiada masa untuk mencatatkan sesuatu di sini.

Alhamdulillah, tahun 2014 sudah sebulan berlalu. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya.
Semoga lebih banyak kejayaan akan dikecapi pada tahun ini.

Syukur juga kerana bulan Jan 2014, membuka tirai dengan rezeki yang baru di tempat baru.
Alhamdulillah, masih mendapat tempahan tart dan kek daripada kawan-kawan. Rezeki kami di tempat baru.
Semoga rezeki ini akan terus melimpah-ruah untuk hari-hari yang mendatang.